Assalamualaikum salam sejahtera kepada semua ... hari nie saya nak share sikit tentang tips kesihatan baby supaya kekal terjamin .. setiap orang pasti hendakkan anak kita sentiasa sihat selalu kan.. jika baby tak sihat mesti semua dari kalangan kita akan merasa kerunsingan terhadap tahap kesihatan cahaya mata kita ... Skrg mari kita mengkaji dan mengenalpasti adakah "Baby" kita diberikan
makanan yang benar-benar berkhasiat? Jika masih belum menjumpai dan
mencari-cari sumber yang boleh dirujuk untuk memastikan makanan yang
diberikan kepada Baby adalah berkhasiat, di sini Kami ingin berkongsi
tips-tips dan amalan yang perlu diamalkan oleh para Ibu buat anak-anak
kesayangan agar kekal sihat dan membesar dengan baik...
Tip 1: Beri protein yang mencukupi
Jumlah
protein yang mencukupi dalam diet harian anak penting untuk
kesihatannya. Protein bukan sahaja menyumbang ke arah tumbesaran tubuh
untuk kanak-kanak yang sedang membesar tetapi juga untuk membantu
membina dan memperbaiki tisu badannya yang rosak. Berdasarkan Saranan
Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrient Intake -RNI) untuk
rakyat Malaysia, kanak-kanak yang berusia di antara satu hingga tiga
tahun memerlukan sebanyak 14gm protein setiap hari manakala kanak-kanak
yang berusia di antara empat hingga enam tahun memerlukan sebanyak 23gm
protein setiap hari. Oleh yang demikian, pastikan anak anda mendapat
protein yang secukupnya.
Tip 2: Pastikan anak cukup zat besi
Bagi
kanak-kanak yang sedang membesar, zat besi penting untuk penghasilan
hemoglobin iaitu komponen dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke
seluruh tubuh. Untuk pengetahuan, jumlah darah meningkat sejajar dengan
peningkatan pertumbuhan anak. Oleh sebab itulah kanak-kanak perlukan zat
besi yang secukupnya. Zat besi boleh diperoleh daripada daging merah,
hasil tenusu, makanan laut, legum dan sayur-sayuran hijau seperti
brokoli. Ketahuilah bahawa vitamin C yang ada dalam buah-buahan sitrus
boleh untuk membantu menyerap zat besi dari sumber bukan daging.
Tip 3: Hadkan pengambilan gula
Gula merupakan
karbohidrat ringkas dan boleh didapati dalam buah-buahan, makanan
pencuci mulut dan minuman berperisa. Seperti yang diketahui ramai, gula
membekalkan tenaga tetapi kurang kandungan nutriennya. Jadi, pastikan
anak anda tidak terlebih mengambil gula. Selain itu, elakkan daripada
memberi anak minum minuman berkarbonat dan galakkan anak minum banyak
air kosong.
Anda juga perlu mengehadkan pengambilan snek yang
manis oleh anak. Sebaliknya, galakkan mereka makan makanan yang kaya
nutrien dan tenaga. Antara makanan yang disarankan ialah seperti
buah-buahan kerana buah-buahan bukan hanya mengandungi gula tetapi juga
kaya dengan pelbagai jenis vitamin. Selain buah-buahan, karbohidrat
kompleks pun bagus untuk anak anda kerana berkanji dan berserat. Beri
anak anda banyak karbohidrat kompleks seperti nasi, mi, oat atau
bijirin.
Tip 4: Jangan gunakan garam
Banyak makanan
yang siap yang ada di pasaran bukan dibuat untuk kanak-kanak dan
selalunya mengandungi terlalu banyak garam. Jadi, elakkan membeli
makanan siap untuk anak. Sebaiknya sediakan sendiri makanan untuk anak.
Akan tetapi ketika menyediakan makanan untuk anak, kurangkan penggunaan
garam dan kalau boleh jangan masukkan garam ke dalam makanan mereka
terutamanya bagi makanan bayi.
Tip 5: Pengambilan lemak baik
Bukan semua
lemak tidak baik untuk kesihatan. Tidak kira sama ada orang dewasa
ataupun kanak-kanak, masing-masing perlukan lemak untuk kegunaan tubuh.
Lemak mengandungi asid lemak yang penting dan sesetengah jenis mikro
nutrien yang sangat diperlukan untuk pembentukan otak dan menjalankan
fungsinya dengan sebaiknya. Akan tetapi, walaupun lemak baik, anda masih
perlu mengawal pengambilan lemak oleh anak. Terlalu banyak makanan
berlemak boleh memudaratkan. Oleh itu, pastikan makanan yang diambil
anak perlulah seimbang.
Ketika menyediakan makanan untuk anak,
pilihlah bahan mentah yang rendah lemak tepunya, rendah asid lemak dan
rendah kolesterol. Walau bagaimanapun, elakkan memberi anak makan
makanan rendah lemak yang diformulasikan untuk orang dewasa. Sebaliknya,
pilihlah makanan yang mengandungi lemak daripada sayur-sayuran dan ikan
kerana bahan-bahan tersebut kaya dengan Omega 3 dan Omega 6. Omega 3
boleh didapati daripada telur, ikan laut dalam seperti salmon, ikan
bilis dan tuna.
Tip 6: Tetapkan waktu makan
Ajarkanlah tabiat
pemakanan sihat kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ini termasuklah
bila waktunya mereka perlu makan dan bukan hanya apa yang boleh dan apa
yang tidak boleh mereka makan. Kanak-kanak disarankan mengambil 3
hidangan utama dan 2 hingga 3 hidangan snek sehari. Hal ini membantu
mengelakkan pengambilan makanan ringan yang tidak terkawal dan dalam
masa yang sama mengurangkan risiko obesiti.
Ibu bapa disyorkan
agar sentiasa membekalkan anak dengan snek yang berkhasiat seperti
buah-buahan, makanan tinggi serat dan bijirin agar mereka dapat makan
ketika lapar. Karbohidrat lengkap yang ada dalam bijirin, makanan kaya
serat dan buah-buahan mampu membuatkan perut anak anda kenyang sementara
menunggu waktu makan utamanya. Serat yang ada dalam buah-buahan dan
bijirin baik untuk sistem penghadaman kanak-kanak dan membuatkan dia
rasa kenyang untuk satu jangka masa yang panjang.
Tip 7: Makan bersama keluarga
Makan bersama
keluarga adalah amalan yang baik dan perlu diamalkan oleh setiap
keluarga yang ada di dunia ini. Inilah masanya untuk mengeratkan
hubungan seisi keluarga. Jadi, sediakanlah hidangan yang istimewa dan
pastinya makanan tersebut kaya dengan khasiat. Inilah juga masanya untuk
ibu bapa mengajar anak etika di meja makan dan tabiat pemakanan yang
baik.
SUMBER : http://pama.karangkraf.com/bayi/makanan-berkhasiat-anak-sihat-1.84960
Tiada ulasan:
Catat Ulasan