Cari Blog Ini

Khamis, 7 Disember 2017

PENGENALAN KEPADA SISTEM JANAKUASA

Janakuasa atau Genset atau Generator Set berfungsi menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrikal. Janakuasa biasanya digunakan untuk dua tujuan utama iaitu sebagai tunggu sedia (stand-by) dan berterusan.
Bila masa nak guna stand-by: Tempat yang ada bekalan TNB  
Bila masa nak guna Continuous/berterusan: Tempat yang tak ada bekalan TNB
Nak kendalikan Genset yang berkapasiti kecil (100 KVA) ni mudah je...tapi untuk senggarakan engine Genset ni, bagi sesiapa yang tahu nak repair engine diesel atau engine lori pasti takde masalah...yang rumit adalah ketika troubleshoot dan melibatkan komponen penjana...kalau tahu kata tahu...kalau tak tahu jangan berlagak tahu...
Perkara yang anda perlu tahu:
(1) Kapasiti Genset biasanya akan guna KVA bukan KW...contoh 100KVA, 250KVA, 500KVA...tapi ada je orang guna KW...Beza kedua-dua ni adalah pada faktor kuasa (power factor, pf). KW kena darab pf (biasanya 0.85). Kalau dengan TNB kita ambil kira pf; sebab itu meter TNB guna KW. Kalau Genset kita guna sendiri, takde kaitan dengan TNB...
(2) Bagi genset 4 poles; Speed 1500 rpm akan menghasilkan frequency 50Hz (tambah tolak nipis-nipis je). Kalau naikkan speed maka freq akan naik. Kesannya; apa-apa peralatan bermotor seperti kipas, blender dan lain-lain akan menjadi lebih laju. Kalau tak dapat tampung kelajuan, peralatan bermotor boleh rosak. Di Malaysia kebiasaannya hanya guna Genset 1500 rpm 4 poles sahaja di kilang-kilang dan bangunan kerajaan/swasta...TNB juga hanya supply 50Hz tapi janakuasa TNB kat empangan tu mungkin ada banyak poles dan rpm lebih rendah...Negara lain mungkin ada guna sehingga 1800 rpm atau lebih...kita ikut standard British...(poles atau kutub adalah magnet dan bilangannya adalah genap)
Bahagian-bahagian Janakuasa:
 
 

 
Terdapat beberapa jenis enjin yang digunakan pada janakuasa, antaranya adalah:
(1) Engin Diesel
(2) Enjin Petrol
(3) Turbin Wap
(4) TurbinGas
(5) TurbinHydro
(6) TurbinAngin 
(7) TurbinNuklear
Enjin hanya digunakan untuk menggerak rotor yang disambungkan pada penjana.
Bahagian-bahagian enjin diesel:
 
 
 
 Gambar 2: Contoh enjin diesel (pandangan sisi kanan)
 
 
 
 
 Gambar 3: Contoh enjin diesel (pandangan sisi kiri)

Bahagian-bahagian Penjana:
 
 
Gambar 4: Contoh keratan rentas Penjana Jenis PMG (Permanent Magnet Generator)

Ni masuk teori skit...
Secara asasnya perjana terbahagi kepada dua jenis yang mana melibatkan pengujaan atau ujaan (exciter):
(1) Ujaan Luar
(2) Ujaan Diri

Ada sesetengah orang kata PMG tu ujaan lain yang ketiga, tapi bagi saya PMG tu konsepnya sama dengan ujaan diri. Cuma PMG ni dicipta untuk lebih stabil dan tahan.

Ujaan Luar: Penguja mendapat bekalan dari sumber luar seperti bateri
 
 
 
 
Gambar 6: Konsep ujaan luar
                                                    
 
                                                              Gambar 7: Blok diagram ujaan luar
 

Ujaan Diri: Penguja mendapat bekalan daripada voltan yang terhasil dari stator utama melalui Automatic Voltage Ragulator (AVR). Voltan yang diterima oleh penguja dikawal oleh AVR.
 
 
 
Gambar 8: Konsep ujaan diri
  



Gambar 9: Blok diagram ujaan diri


Ujaan PMG: Penguja mendapat bekalan dari Permenent Magnet Generator (PMG). PMG terdiri daripada magnet kekal yang direka khas untuk mencapai voltan yang stabil bagi penggunaan penguja.
 
 
 
                                                                         Gambar 10: Blok diagram PMG  
 
 
Voltan masukan pada penguja (exciter) dikawal oleh Automatic voltage regulator (AVR)...so kalau genset hidup tapi takde supply (240/415V) maka sila periksa AVR...mungkin ada masalah...guna multimeter/ampmeter tengok output dia ada ke tak...
 
 
                                  Gambar 11: Contoh AVR. (Saiz AVR sekarang mungkin kecik je...) 
 
 
 
                                            Gambar 12: Contoh litar penyambungan dalam binaan AVR
 
 
 
Rotating diods berfungsi menukar arus ulang alik yang terhasil dari rotor penguja kepada arus terus yang disalurkan kepada rotor utama. Komponen elektronik utama adalah diod.
 
 
 
 
 
Gambar 13: Contoh Rotating diods.
 
Senang cerita; rotating diods ni digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komponen serta litar elektronik yang ada pada Genset...
Diods ni kalau rosak baik tukar seketul terus...tapi periksa dulu satu-satu...
"Semoga bertambah ilmu, amal dan manfaaat..."
  
 
 
 
 
 

Rabu, 6 Disember 2017

Cara Service ACB (Air Circuit Breaker)

Prosedur Menutup Dan Memulihkan Bekalan Dan Kerja-Kerja Senggaraan ACB

Langkah Pertama
1. Dapatkan surat kebenaran kerja terlebih dahulu daripada penyelia, jurutera atau orang kekompetenan berkenaan.
2. Berikan surat notis kepada pengguna bahawa bekalan akan diputuskan sekurang-kurangnya 1 minggu lebih awal.
3. Kerja-kerja senggaraan mestilah dilakukan dalam kumpulan sekurang-kurangnya 2 orang iaitu ( seorang chargeman dan seorang pekerja)

Langkah Dua
(Langkah keselamatan dalam bilik pencawang P.S.U)
1. Tikar getah Rubber Mate dihadapan papan suis hendaklah dalam keadaan kering & tidak berminyak (5mm tebal & panjang mengikut saiz papan suis)
2. Alat pemadam api berada pada tempatnya & boleh digunakan
3. Bilik pencawang bersih & tiada sebarang gangguan & halangan
4. Gambarajah skematik pendawaian berkeadaan baik dan boleh dibaca
5. Carta pertolongan cemas berada pada tempatnya dan boleh dibaca.
6. Buku log berada pada tempatnya , dicatat jenis kerja yang dibuat untuk semakan masa hadapan.
7. Pastikan alat-alat kelengkapan kerja dalam keadaan baik, mencukupi dan selamat digunakan.
Langkah Tiga
(Kerja-kerja Senggaraan) (Shut Down)
1. Sebelum bekalan diputuskan, ambil bacaan pada Ammeter, Voltmeter, PF meter dan catatkan dalam buku kerja harian Chargeman.
 2. Maklumkan kepada pengguna yang terlibat bahawa bekalan akan diputuskan supaya kerja – kerja yang sedang dijalankan tidak terganggu oleh sebab penutupan bekalan.
3. Matikan outgoing feeder ke beban iaitu semua fius, suis yang ada di papan suis utama itu, matikan daripada kecil ke besar.(Tujuannya supaya tidak berlaku percikan arka yang tinggi semasa bekalan diputuskan pada ACB ini – bacaan pada Ammeter menunjukkan 0 tetapi pada bacaan voltmeter masih mempunyai bacaan.
4. Tripkan ACB & bacaan pada voltmeter 0
5. Bukakan pintu ACB, ambil handle ACB yang telah disediakan dan masukkan pada ACB dan tarik ACB keluar.
6. Terdapat 3 kedudukan  dalam ACB iaitu kedudukan servis, test dan isolated di mana kedudukan isolated diperlukan untuk tujuan kerja – kerja senggaraan.
7. Nota : Untuk menguji samada Shunt trip coil berfungsi atau tidak tekan butang ON dan OFF
8. Bila ACB berada dalam kedudukan selamat dan sedia untuk dikeluarkan, angkat ACB dan letak di atas (Rubber mate)
9. Akhir sekali letak tanda amaran (BAHAYA) pada papan suis untuk mengelakkan dari sebarang kemalangan yang tidak diingini.
Langkah Empat
1. Bersihkan habuk-habuk atas ACB , arc chute dengan menggunakan kuasa angin (blower) atau vacum .
2. Ketatkan bolt dan nut yang mana longgar dan periksa kesemuanya
3. Letakkan minyak gris pada rel (Esso Q2) 2/3.
4. Minyakkan kesemua mekanisma-mekanisma mekanikal (switching mechanism) dengan minyak WD40.
5. Cucikan main contact dan arcing contact dengan menggunakan kertas pasir halus dan kikir halus.
6. Cucikan roller isolating contact dan lapkan dengan kain yang bersih dan sapukan dengan minyak vascaling (PETROLEUM JELLY).
7. Periksa semua bushing, periksa jika ada yang retak dan ini boleh mengurangkan penebatan pada bushing itu.
Langkah Lima
(Kerja-Kerja Ujian Ke Atas ACB)
A)    UJIAN KESERATAAN
Letakkan kertas putih dan lapikkan kertas karbon kepada sesentuh utama dan ON kan ACB, kita akan mendapat tanda pada kertas putih itu samada baik atau tidak sesentuh utama itu.
B)    UJIAN PENEBATAN
Uji dengan alat Insulation tester – 1 kv dan bacaannya mestilah tidak kurang daripada  1 mega Ohm di antara fasa dengan fasa dan fasa dengan bumi.
C)    UJIAN KETERUSAN
Uji dengan alat micro ohm meter atau multimeter dengan skil X1 dan bacaannya mestilah 0 diantara roller incoming dan outgoing contact bagi setiap fasa dan ACB di dalam keadaan ON kan.
D) UJIAN PENGLIHATAN.

Langkah Enam
1. Masukkan ACB tadi ke dalam papan suis utama dengan mengikut step tadi.
         a.       Kedudukan selamat (safe position)
         b.      Kedudukan mengasing (Isolated position)
         c.       Kedudkan Ujian (test position)
         d.      Kedudkan sambungan (service position)
2. Periksa semua shunt trip fius, voltmeter fius dalam keadaan baik.
3. Resetkan OCR (over current relay) oil Dashport (jenis minyak di dalamnya – mineral oil SAE 30)
4. Resetkan EFR (earth fault relay)
5. ON kan ACB
6. Periksa dan dapatkan bacaan pada voltmeter dengan menggunakan selector switch dari fasa ke fasa ialah 415 volt.
7. Maklumkan kepada pengguna bahawa bekalan akan dipulihkan semula.
8. ON kan semua fius suis dari besar ke kecil. Pastikan Amp meter ada bacaan, ini menunjukkan bahawa bekalan telah digunakan dan pastikan PF (power factor meter) menunjukkan bacaan 0.85 ke atas.
8. Voltan variasi yang dibenarkan tidak boleh melebihi +5 dan – 10 daripada voltan yang sebenar.

Langkah Tujuh
1. Tunggu dalam masa 2 hingga 3 minit dan catitkan kerja-kerja yang dibuat di dalam bilik suis utama iaitu tarikh, masa mula dan masa tamat  di dalam buku log dan jenis-jenis senggaraan yang dibuat tadi.Kemaskan peralatan kerja dan bersihkan bilik pencawang.
2. Jikalau tiada berlaku  kerosakan, bolehlah tinggalkan bilik pencawang dan beritahu kepada ketua penyelia atau jurutera bekenaan bahawa kerja-kerja senggaraan telah siap dan batalkan permit kerja-kerja senggaraan tadi.




Take Note : Refresh balik  berkenaan PSU ni . Semoga apa yang aku pelajari akan aku ingati sampai bila- bila dan seterusnya akan sentiasa ingat untuk alam pekerjaan . Aamin.


TIPS UNTUK MEMASTIKAN KESIHATAN BABY KEKAL TERJAMIN

Assalamualaikum salam sejahtera kepada semua ... hari nie saya nak share sikit tentang tips kesihatan baby  supaya kekal terjamin .. setiap orang pasti hendakkan anak kita sentiasa sihat selalu kan.. jika  baby tak sihat mesti semua dari kalangan kita akan merasa kerunsingan terhadap tahap kesihatan  cahaya mata kita ... Skrg  mari kita mengkaji dan mengenalpasti adakah "Baby" kita diberikan makanan yang benar-benar berkhasiat? Jika masih belum menjumpai dan mencari-cari sumber yang boleh dirujuk untuk memastikan makanan yang diberikan kepada Baby adalah berkhasiat, di sini Kami ingin berkongsi tips-tips dan amalan yang perlu diamalkan oleh para Ibu buat anak-anak kesayangan agar kekal sihat dan membesar dengan baik...


Tip 1: Beri protein yang mencukupi
Jumlah protein yang mencukupi dalam diet harian anak penting untuk kesihatannya. Protein bukan sahaja menyumbang ke arah tumbesaran tubuh untuk kanak-kanak yang sedang membesar tetapi juga untuk membantu membina dan memperbaiki tisu badannya yang rosak. Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (Recommended Nutrient Intake -RNI) untuk rakyat Malaysia, kanak-kanak yang berusia di antara satu hingga tiga tahun memerlukan sebanyak 14gm protein setiap hari manakala kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga enam tahun memerlukan sebanyak 23gm protein setiap hari. Oleh yang demikian, pastikan anak anda mendapat protein yang secukupnya.

Tip 2: Pastikan anak cukup zat besi
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, zat besi penting untuk penghasilan hemoglobin iaitu komponen dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. Untuk pengetahuan, jumlah darah meningkat sejajar dengan peningkatan pertumbuhan anak. Oleh sebab itulah kanak-kanak perlukan zat besi yang secukupnya.  Zat besi boleh diperoleh daripada daging merah, hasil tenusu, makanan laut, legum dan sayur-sayuran hijau seperti brokoli. Ketahuilah bahawa vitamin C yang ada dalam buah-buahan sitrus boleh untuk membantu menyerap zat besi dari sumber bukan daging.

Tip 3: Hadkan pengambilan gula
Gula merupakan karbohidrat ringkas dan boleh didapati dalam buah-buahan, makanan pencuci mulut dan minuman berperisa. Seperti yang diketahui ramai, gula membekalkan tenaga tetapi kurang kandungan nutriennya. Jadi, pastikan anak anda tidak terlebih mengambil gula. Selain itu, elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat dan galakkan anak minum banyak air kosong.
Anda juga perlu mengehadkan pengambilan snek yang manis oleh anak. Sebaliknya, galakkan mereka makan makanan yang kaya nutrien dan tenaga. Antara makanan yang disarankan ialah seperti buah-buahan kerana buah-buahan bukan hanya mengandungi gula tetapi juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin. Selain buah-buahan, karbohidrat kompleks pun bagus untuk anak anda kerana berkanji dan berserat. Beri anak anda banyak karbohidrat kompleks seperti nasi, mi, oat atau bijirin.

Tip 4: Jangan gunakan garam
Banyak makanan yang siap yang ada di pasaran bukan dibuat untuk kanak-kanak dan selalunya mengandungi terlalu banyak garam. Jadi, elakkan membeli makanan siap untuk anak. Sebaiknya sediakan sendiri makanan untuk anak. Akan tetapi ketika menyediakan makanan untuk anak, kurangkan penggunaan garam dan kalau boleh jangan masukkan garam ke dalam makanan mereka terutamanya bagi makanan bayi.

Tip 5: Pengambilan lemak baik
Bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Tidak kira sama ada orang dewasa ataupun kanak-kanak, masing-masing perlukan lemak untuk kegunaan tubuh. Lemak mengandungi asid lemak yang penting dan sesetengah jenis mikro nutrien yang sangat diperlukan untuk pembentukan otak dan menjalankan fungsinya dengan sebaiknya. Akan tetapi, walaupun lemak baik, anda masih perlu mengawal pengambilan lemak oleh anak. Terlalu banyak makanan berlemak boleh memudaratkan. Oleh itu, pastikan makanan yang diambil anak perlulah seimbang.
Ketika menyediakan makanan untuk anak, pilihlah bahan mentah yang rendah lemak tepunya, rendah asid lemak dan rendah kolesterol. Walau bagaimanapun, elakkan memberi anak makan makanan rendah lemak yang diformulasikan untuk orang dewasa. Sebaliknya, pilihlah makanan yang mengandungi lemak daripada sayur-sayuran dan ikan kerana bahan-bahan tersebut kaya dengan Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 boleh didapati daripada telur, ikan laut dalam seperti salmon, ikan bilis dan tuna.

Tip 6: Tetapkan waktu makan
Ajarkanlah tabiat pemakanan sihat kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ini termasuklah bila waktunya mereka perlu makan dan bukan hanya apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mereka makan. Kanak-kanak disarankan mengambil 3 hidangan utama dan  2 hingga 3 hidangan snek sehari. Hal ini membantu mengelakkan pengambilan makanan ringan yang tidak terkawal dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko obesiti.
Ibu bapa disyorkan agar sentiasa membekalkan anak dengan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, makanan tinggi serat dan bijirin agar mereka dapat makan ketika lapar. Karbohidrat lengkap yang ada dalam bijirin, makanan kaya serat dan buah-buahan mampu membuatkan perut anak anda kenyang sementara menunggu waktu makan utamanya. Serat yang ada dalam buah-buahan dan bijirin baik untuk sistem penghadaman kanak-kanak dan membuatkan dia rasa kenyang untuk satu jangka masa yang panjang.

Tip 7: Makan bersama keluarga
Makan bersama keluarga adalah amalan yang baik dan perlu diamalkan oleh setiap keluarga yang ada di dunia ini. Inilah masanya untuk mengeratkan hubungan seisi keluarga. Jadi, sediakanlah hidangan yang istimewa dan pastinya makanan tersebut kaya dengan khasiat. Inilah juga masanya untuk ibu bapa mengajar anak etika di meja makan dan tabiat pemakanan yang baik.

 SUMBER : http://pama.karangkraf.com/bayi/makanan-berkhasiat-anak-sihat-1.84960