Bila masa nak guna stand-by: Tempat yang ada bekalan TNB
Bila masa nak guna Continuous/berterusan: Tempat yang tak ada bekalan TNB
Nak kendalikan Genset
yang berkapasiti kecil (100 KVA) ni mudah je...tapi untuk senggarakan
engine Genset ni, bagi sesiapa yang tahu nak repair engine diesel atau
engine lori pasti takde masalah...yang rumit adalah ketika troubleshoot
dan melibatkan komponen penjana...kalau tahu kata tahu...kalau tak tahu
jangan berlagak tahu...
Perkara yang anda perlu tahu:
(1)
Kapasiti Genset biasanya akan guna KVA bukan KW...contoh 100KVA,
250KVA, 500KVA...tapi ada je orang guna KW...Beza kedua-dua ni adalah
pada faktor kuasa (power factor, pf). KW kena darab pf (biasanya 0.85).
Kalau dengan TNB kita ambil kira pf; sebab itu meter TNB guna KW. Kalau
Genset kita guna sendiri, takde kaitan dengan TNB...
(2) Bagi genset 4
poles; Speed 1500 rpm akan menghasilkan frequency 50Hz (tambah tolak
nipis-nipis je). Kalau naikkan speed maka freq akan naik. Kesannya;
apa-apa peralatan bermotor seperti kipas, blender dan lain-lain akan
menjadi lebih laju. Kalau tak dapat tampung kelajuan, peralatan bermotor
boleh rosak. Di Malaysia kebiasaannya hanya guna Genset 1500 rpm 4
poles sahaja di kilang-kilang dan bangunan kerajaan/swasta...TNB juga
hanya supply 50Hz tapi janakuasa TNB kat empangan tu mungkin ada banyak
poles dan rpm lebih rendah...Negara lain mungkin ada guna sehingga 1800
rpm atau lebih...kita ikut standard British...(poles atau kutub adalah magnet dan bilangannya adalah genap)
Bahagian-bahagian Janakuasa:
Terdapat beberapa
jenis enjin yang digunakan pada janakuasa, antaranya adalah:
(1) Engin Diesel
(2) Enjin Petrol
(3) Turbin Wap
(4) TurbinGas
(5) TurbinHydro
(6) TurbinAngin
(7) TurbinNuklear
Enjin hanya digunakan untuk menggerak rotor yang disambungkan pada penjana.
Bahagian-bahagian enjin diesel:
Gambar 2: Contoh enjin diesel (pandangan sisi kanan)
Gambar 3: Contoh enjin diesel (pandangan sisi kiri)
Bahagian-bahagian Penjana:
Gambar 4: Contoh keratan rentas Penjana Jenis PMG (Permanent Magnet Generator)
Ni masuk teori skit...
Secara asasnya perjana terbahagi kepada dua jenis yang mana melibatkan pengujaan atau ujaan (exciter):
(1) Ujaan Luar
(2) Ujaan Diri
Ada sesetengah
orang kata PMG tu ujaan lain yang ketiga, tapi bagi saya PMG tu
konsepnya sama dengan ujaan diri. Cuma PMG ni dicipta untuk lebih stabil
dan tahan.
Ujaan Luar: Penguja mendapat bekalan
dari sumber luar seperti bateri
Gambar 6: Konsep ujaan luar
Gambar 7: Blok diagram ujaan luar
Ujaan Diri: Penguja mendapat
bekalan daripada voltan yang terhasil dari stator utama melalui Automatic
Voltage Ragulator (AVR). Voltan yang diterima oleh penguja dikawal oleh AVR.
Gambar 8: Konsep ujaan diri
Gambar 9: Blok diagram ujaan diri
Ujaan PMG: Penguja
mendapat bekalan dari Permenent Magnet Generator (PMG). PMG terdiri daripada
magnet kekal yang direka khas untuk mencapai voltan yang stabil bagi penggunaan
penguja.
Gambar 10: Blok diagram PMG
Voltan masukan pada
penguja (exciter) dikawal oleh Automatic voltage regulator
(AVR)...so kalau genset hidup tapi takde supply (240/415V) maka sila
periksa AVR...mungkin ada masalah...guna multimeter/ampmeter tengok
output dia ada ke tak...
Gambar 11: Contoh AVR. (Saiz AVR sekarang mungkin kecik je...)
Gambar 12: Contoh litar penyambungan dalam binaan AVR
Rotating diods berfungsi menukar arus
ulang alik yang terhasil dari rotor penguja kepada arus terus yang disalurkan
kepada rotor utama. Komponen elektronik utama adalah diod.
Gambar 13: Contoh Rotating diods.
Senang cerita; rotating diods ni
digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komponen serta litar
elektronik yang ada pada Genset...
Diods ni kalau rosak baik tukar seketul terus...tapi periksa dulu satu-satu...
"Semoga bertambah ilmu, amal dan manfaaat..."